Popular Posts

Tuesday, November 9, 2010

As a beginner.....

  بسم الله الرحمن الرحيم 
Saya mulakan penulisan blog ini dengan nama الله tuhan yang memiliki segala kerajaan, moga-moga ia menjadi satu medan dakwah serta perkongsian maklumat dengan antum semua. Apa yang ana harapkan, dengan penulisan blog ini kita semua menjadi matang dan berfikiran terbuka tanpa melampaui batas yang dibenarkan dalam Islam. Ketahuilah olehmu telah disabdakan oleh junjungan besar نبي محمد صلى الله عليه وسلم "Islam itu tinggi(dan tidak ada yang menandinginya)". Oleh yang demikian, menjadi kewajipan atas diri saya sendiri dan antum semua meninggikan Islam. 
            Selepas Saidina Umar Al-Khattab ra membuka kota Palestin, beliau memberikan satu ucapan yang cukup terkenal "Kita adalah kaum yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan lain daripada Islam, nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah". Akan tetapi, kita dapat lihat hari ini umat Islam dibunuh, dipulau dan dihina dengan sewenang-wenangnya. Manakah kemuliaan yang disebut oleh Saidina Umar Al-Khattab? Adakah kita telah mencari kemulian lain daripada Islam? Tanpa kita sedar, kita sudah jauh menyimpang dari jalanan Islam yang sebenar. Lihatlah umat Islam di era Salahuddin al-Ayyubi dan Sultan Mahmed al -Fatih, mereka cukup dimuliakan oleh Allah kerana mereka menegakkan agama Islam seluruhnya. Tapi, dunia Islam sekarang cukup berbeza. Fahaman Sukularisme sudah berakar umbi dalam fikiran masyarakat Islam. 
             Oleh yang demikian, untuk permulaan bicara ana ini, ana menyeru antum semua kembali kepada Islam. Sekadar itu sahaja kemampuan ana pada malam ini, moga-moga ia dapat mngasah bakat ana dalam penulisan blog.


والسلام عليكم
00.59:10 SEPTEMBER 2010M:3 ZULHIJJAH 1431H